CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 26, 2008

bi0dAta iBlis laKnAtuLLah~*




Nama :- Iblis Laknatullah


Tempat Kelahiran :- Bermula dari keenganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.


Status Diri :- Fasik kelas pertama


Agama :- Kufur


Tempat tinggal Di Dunia :- Hati-hati mereka yang lalai


Tempat Tinggal Di Akhirat :- Neraka jahanam


Kawasan :- Setiap tempat yang didalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah


Arah Perjalanan :- Tiada haluan dan bengkang bengkok


Isteri di Dunia :- Setiap wanita yang tidak menutup aurat, mentaati Allah, Rasul dan suaminya.


Kaum Kerabat :- Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah


Modal Pusingan :- Angan-angan kosong


Tempat Pertemuan :- Pasar-pasar


Musuh Ketat :- Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa


Motto Kerja :- "Hipokrasi asas akhlak"


Kesukaannya :- Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan

menyesatkannya


Cita-Cita :- Supaya semua makluk dimuka bumi ini menjadi kafir


Kelemahannya :- Bila orang membaca istighfar


Lambang :- Sebarang tatu


Pejabat Operasi :- Tandas, bilik air, tempat bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat


Rakan Kongsi :- Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia


Sumber Pendapatan :- Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba


Jenis Perkhidmatan :- Menggalakkan manisia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah


Tempoh Perkhidmatan:- Sehingga hari kiamat


Matlamat Perjalanan :- Membawa setiap makhluk keneraka Jahanam


Teman Sejawat :- Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

"Ganjaran Berkomu-


nikasi Dengan :- Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pedendam


Makanan Kegemaran :- Daging orang mati dan segala najis dan kotoran


Yang Ditakuti :- Orang mukmin yang bertakwa, beriman dan beramal


Yang Dibenci :- Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah


Alat Perangkap :- Wanita cantik, model, pelacur, pragawati dan sebagainya


Saat Ajal :- Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Tugas Yang Paling


Disukai :- Homosex dan Lesbian


Janji-Janji :- Janji kosong, angan-angan dan tipu daya Yang Membuatnya


Menangis :- Bila orang sujud kepada Allah

Monday, November 24, 2008

sAhAbAt bEgItU bEeRtI ~*


aLhAmdUliLLaH...... bet0l ke sahabat/kawan begitu beerti?? zaman sekarang memang ramai pemuda pemudi telah tersalah pilih kawan.... termasuklah ana... hmm..... bet0l kew?? jika kita tersalah pilih kawan, mingkin kita akan terjebak dalam jenayah-jenayah ataupun aktiviti-aktiviti tidak berm0ral seperti merokok,dadah,vandalisme,gangsterisme,mencuri,mer0gol, dan bermacam-macam lagi..... ini semua disebabkan kawan..... bet0l kew?? ye.... ianya memang disebabkan kawan..... kerana pengaruh kawan lebih kuat berbanding ibu bapa.... ianya juga disebabkan kelalaian ibu bapa terhadap anak mereka..... anak-anak akan berasa b0san apabila tidak ada sesiapa yang ingin mengambil berat tentangnya.... jadi ia akan membuat satu yang baru ataupun benda yang tidak pernah dilakukan...... seperti yang ana sebut diatas..... kawan/sahabat memang amat berguna dalam hidup kita.... kadang-kadang, akan terjadi situasi ini kawan makan kawan... tahu maksudnya??? ianya seperti mempergunakan kawan untuk diri sendiri....... oleh itu.. ana berharap agar anda semua pandai memilih kawan..... pilihlah kawan/sahabat yang s0leh dan b0leh bawa anda ke jannah.......wAllahUaLam....~


Sunday, November 23, 2008

4 syArat hIduPkaN hAti dEngAn aL-qUraN~



HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.

Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.

Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9).

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud: “Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?” (Surah Taha, ayat 1-4).

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?” (Surah Muhammad, ayat 24).

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan (’ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207) wAlaHuaLaM..~

leKa dEngAn dUniA IT...~


erm..... zaman sekarang kalau bertanya tentang friendster,myspace,blog,yahoo messenger pasti semua orang tidak hairan lagi.....yang tua dan muda semuanya paham dan mengerti..... kadang-kadang, kita terleka dengan benda-benda ini..... adakalanya tertinggal solat, tuisyen, dan benda yang penting untuk dilakukan.... ada caranya untuk mencegah dari terjadinya situasi diatas..... antaranya, pandai membahagi masa, timetable dan bermacam -macam lagi kaedah...... harap-harap... sahabat dan sahibah tidak begini.......... wallahuallam...~*

kEjAyAaN~*


aLhAmdULillAh.....satu kejayaan yang membanggakan.......semoga ini adalah permulaan kepada kejayaan yang lebih besar insya-Allah.... bagi yang kurang.... teruskan berusaha kerana Allah amat mengasihi hamba yang berusaha gigih kerana-Nya......yakinlah dan bersangka baiklah dengan-Nya bahawa doa kalian ditangguhkan dan dia akan menggantikan dengan yang lebih baik suatu masa nanti.....berusahalah kerana Allah hanya menilai pada usaha bukan hasilnya......jika kita mendapat keputusan yang sempurna sekalipun di pandangan manusia tetapi jika di pandangan Allah penuh dengan cacat cela maka tidakkah itu lebih menyedihkan?? bukankah ujian itu bukti kasih Allah pada hamba-Nya?? jadi terimalah ia dengan hati yang terbuka, dengan penuh rasa rela hati, terimalah kasih Allah it.....dan ingatlah ketika kita merasakan sempitnya dada kerana diuji, masih ada lagi insan di dunia ini yang lebih teruk menerima ujian Allah.....wAllaHuaLam.... Semoga Allah tetap bersama kita... wahai mujahid dan mujahidah Allah!!!

sEmbAnG tArbAwI